For Better Future ;)
Ok, one thing yg aku perasan la, drivers, I mean vehicle drivers, kat Malaysia ni memang tade tata susila or adab sopan santun la. Tak kire la dia drive 5-star luxury car or a 22-years old Nissan Sunny. Drive tak pernah pikir pasal org lain.
Kalau nak keluar dari simpang, dah nampak kita laju, biar la kita lepas dulu. Ada la tunggu dalam 2-3 saat, then kosong je kat belakang. Nak jugak keluar, dah le tu, peh tu terhegeh-hegeh. Kita plak kene brek dengan kuat. Sampai melambung-lambung barang dalam kereta. Yang pelik tu, bila kita buat kat diorang, tahu plak dia marah, siap flash-flash, hon-hon kita balik. Ada one time, pakcik ni drive XTrail. Kuar simpang sambil berbual on the phone. Dah tu terhegeh-hegeh. Ayah potong le dia. Then drive slow giler kat depan dia. Pandai pulak dia flash-flash. Ingat dia pakai kereta mahal, jalan tu dia punya ke.
Then, not all, but most ladies driver ni, drive tak tgk side mirror, especially masa nak cut-in. Kita dah bagi laluan utk dia masuk lane punya la luas, dia nak gak ngimpit kita. Ape ke buta mata dia tu, kalau dia drive terus, dah ok dah. Selepas pengamatan teliti beberapa minggu, dapat la disimpulkan most ladies driver tak guna side mirror. Reason? Diorang tau, most male driver, kalau tengok driver tu lady, akan blok. So sape yang salah ni… Tak kira sape salah, kalau dah bagi laluan tu, masuk je la. Then takyah le harap diorang nak angkat tangan…
Harapkan kereta je berteknologi tinggi, tapi pemandu-pemandu still berpemikiran kolot. Kalau jalan tu dua lane, tapi luas, mesti jadi 4 lane. Sama-sama la kita bertolak ansur. Bila PLUS Highway dah ada 3 lane dr KL ke Ipoh & KL ke Seremban nnt, most likely lg leceh. pasal nanti jadik 6 lane. Bila tak ramai, yang drive slow-slow makan angin dok tengah-tengah. So laluan memotong akan jadi lane kanan & lane kiri. Benda-benda macam ni tak perlu diajar, tp dah jadi macam ’survival’ plak. Kalau tak buat, orang buat kat kita. Kalau kita buat, sampai bila nak berenti.
Kepada kengkawan yang bijaksana, tak kira la drive kereta mahal or murah, kereta baru or lama, kereta sendiri or kereta loan bank.. Jomla mula mengubah keadaan ni. Anak-anak kita akan tengok cara kita, dan anak-anak kita akan mencontohi kita.
KITA MAMPU MENGUBAHNYA
on October 28th, 2007 at 7:12 pm
hahaha bang..ngalahkan polis pencen bg lecture kekeke..