Keluar daripada pertapaan

Posted on November 25th, 2008 in Current Affairs, Uncategorized by azrafothman  Tagged , , , , ,

Hihihi, sebenarnya bukan bertapa. Setelah 6 bulan berpindah, permohonan Talian Telefon Kediaman TM masih lagi waiting list. Hmm.. Nak kata dok dalam hutan, sebelah padang golf. Nak kata dok kawasan luar bandar, dekat je dengan kawasan perumahan glemer. Ops… ‘Dekat’ yek, bukan ‘di’.. Ada ke sesiapa boleh tolong cepatkan sket waiting list nih.. Ni baru apply line tepon, belum apply streamyx lagi.. hmm..

So buat masa ini, aku guna Maxis Broadband. Service? Ikut mood dia la. Time laju tu laju. Time slow tu slow. Time No Network.. moncong la muka. Ye la, biasanya time nak urgent, time ada enquiry, time tu la ada problem. Lagi satu plak, pakai Maxis ni, takleh nak share guna 2 pc serentak? ( Ke boleh? Sape tau, tolong la ajo.. :D)

So untuk sesiapa yang nak berpindah rumah tu, baik la check dulu dengan TM, ada line tepon tak.. or kalau takde, apply la 10 tahun sebelum berpindah.

So sebagai permulaan, sape2 nak beli rumah, rujuk2 la ke www.hba.org.my, untuk check kalau2 developer tu ada problem. Latest information yang aku dapat daripada jiran aku, KONONnya CF bulan 2 tahun depan.. Hmm.. Kompobina, kompobina..

Are they really affected? Atau yang susah akan bertambah susah?

Posted on June 16th, 2008 in Current Affairs by azrafothman
Well, aku tak terkejut bila dengar harga petrol naik. Aku lebih terkejut tengok reaksi orang lain. Masih ramai yang berlumba di jalan raya, masih ramai yang ‘tarik nafas keter’ diorang pepanjang.. Kiranya betul ke kenaikan tu dah mencabar taraf hidup. Yang betul-betul terasa dengan kenaikan ni, most likely yang bukan di bandar, yang bukan berkereta apatah lagi yang bukan membeli petrol. Yang di luar bandar, yang memang tak merasa pakai kereta baru, yang memang tak pergi ke stesen petrol setiap minggu.. kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol yang akan menggugat kehidupan, menggugat kesihatan mereka. Anak-anak mereka mungkin akan kekurangan zat makanan, akan kehilangan kesempatan menikmati kehidupan yang senang. Hmm.. Ye la, apa boleh aku buat? Dah kerajaan naikkan.. Aku pun tak cukup duit.. Takkan nak bagi duit kat diorang…
Banyak lagi cara lain untuk membantu diorang nih. Seorang yang aku kenal, telah memperjuangkan nasib ‘junior-junior’nya di sekolahnya, mendapatkan ’senior-senior’ yang telah mencapai kejayaan di dalam hidup masing-masing, agar dapat berkongsi pendapat dan pengalaman, membimbing adik-adik mereka. Bagi yang mampu, ada yang menyumbang sedikit duit poket, ada yang menghadiahkan baju sekolah dsb. Adakah kita juga mempunyai pemikiran jujur seperti beliau? Dengan memberi sedikit perhatian, yang tidak semestinya berbentuk kewangan, masa depan mereka mungkin lebih cerah.
Ada juga yang memberi kelas tambahan percuma, mengajar bahasa inggeris secara sukarela, memberi motivasi secara tidak langsung, meningkatkan kesedaran betapa pentingnya masa depan mereka, tambahan pula cabaran yang bakal dihadapi, lebih terik daripada yang telah kita tempuhi. Tidakkah korang terasa bahangnya dari sekarang?
Kepada yang berilmu, kongsi-kongsilah bersama yang dahagakan. Kepada yang berharta, curah-curahkanlah kepada yang laparkan.
Al-fatihah kepada ‘kakak ipar’ku, yang telah membuka mata aku, bahawasanya setiap kebolehan atau kejayaan membawa bersama tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul. Tetapi akan menjadi ringan sekiranya tanggungjawab itu dibahagi-bahagikan secara sepatutnya.

Tyre Prices May Increase Due To Rising Material Cost

Posted on May 26th, 2008 in Current Affairs by azrafothman

Source: PaulTan.Org

We could soon be paying more for our tyres, or at the very least Pirelli tyres, according to its CEO Francesco Gori.

He says price increases should not be unexpected sometime in the second half of this year, thanks to Pirelli having to compensate for rising raw material costs. Despite improving its internal efficiency to cut costs, apparently raw materials have increased so much in price that a price increase is inevitable if the cost of raw materials continue to rise.

If Pirelli is indeed facing this problem, expect all the other tyre manufacturers to have the same thing on their minds as well, and in the end it is the consumers whose wallets burn when its time for a change of tyres. Let’s prepare to ubah gaya hidup!

Hmm.. Any body can propose any good idea on how can we change our life style on this? Jangan guna tayar? Or Simpan kereta di rumah? Or guna tayar plastik?

Nasik kosong bungkus RM2 sebungkus!

Posted on May 15th, 2008 in Uncategorized by azrafothman

Giler terkejut aku… Kedai makan sebelah caj nasi putih bungkus KOSONG, takde lauk ape pun, RM2!!! Giler terkejut, sampai terus merangsang otot-otot tangan aku untuk kembali menaip blog nih… (hihihi, bagus tak alasan nih :p)

Hmm.. bayangkan kalau selama ni budget untuk nasi kosong, RM20 sebulan, skang ni kalau aku nak maintain the same budget, sama ada aku makan 10 hari puasa 10 hari, atau makan nasi separuh bungkus.. itupun kalau separuh bungkus dia kira RM1..

Actually last two weeks, aku dah terkene skali.. Nasi tu dia caj RM1.50 psl dia kata banyak.. Padahal banyak tu la biasa aku amik, tapi bila tetiba semalam, nasi yang dah dikurangkan kepada ‘volume yang dicadangkan’ oleh pihak kedai, jadik RM2 plak… hmm masalah nih..

Memang aku kene la ikut cadangan kerajaan tukar gaya hidup.. sama ada melalui,
1) bawak periuk nasik ke kedai, masak nasik sendiri…
2) tukar gaya hidup, pangkah pemerintah lain plak aa kot. Tapi kan mesti ada orang akan kata, bukan nya kerajaan yang naikkan harga beras… so aku leh jawab, Selangor boleh cadangkan air free ape… harap nya menjadi la 1 Jun nih dapat air free… hihihi.

MIER: Brace for petrol hike of 30 to 40 sen!

Posted on November 28th, 2007 in Current Affairs by azrafothman

The Malaysian Institute of Economic Research (MIER) forecasts a petrol price increase of between 30 to 40 sen after the general elections, based on rising costs of fuel subsidies which have amounted to about RM35 billion so far this year.

This will bring petrol prices up from RM1.92 to RM2.22 or RM2.32, depending on a 30 or 40 sen increase. According to MIER executive director Professor Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem, consumers would be okay with a fuel price hike of up to 40 sen, but not any higher.

A Perodua Myvi’s 40 liter fuel tank would cost RM92.80 to fill up with a RM2.32 per liter petrol price, compared to the current RM76.80. Assuming 5 fill-ups per month, that would be an extra RM80 every month to pay for petrol. The cost of motoring will also be hurt by the expected rise in toll prices.

Source [http://paultan.org/archives/2007/11/29/mier-brace-for-petrol-hike-of-30-to-40-sen/]

[RECOMMENDED] Monkey Kick Off

Posted on November 13th, 2007 in Games by azrafothman

Pemuda cadang sistem subsidi petrol dirombak

Posted on November 8th, 2007 in Uncategorized by azrafothman

Pemuda cadang sistem subsidi petrol dirombak

KERAJAAN dicadang merombak sistem subsidi bagi memastikan pengagihan lebih adil dan hanya rakyat yang benar-benar layak serta berhak, menikmati keistimewaan itu, bukannya golongan kaya.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata sistem subsidi yang diamalkan sekarang bukan saja tidak adil kepada golongan miskin, malah satu pembaziran kerana turut dinikmati golongan kaya.

"Subsidi ialah untuk rakyat yang memerlukan subsidi, yang betul-betul miskin dan berpendapatan rendah. Tapi bayangkan kalau kita pergi ke stesen minyak kita nampak pak cik dengan (motosikal) kapcai nak isi minyak, dia bayar RM1.92 sen seliter.

"Lepas tu tiba-tiba datang pula Mercedes Benz tauke besar, dia bayar RM1.92 juga.

Mengapa kita perlu bagi (subsidi) kepada yang sudah kaya yang membawa kereta jenama besar dan enjin berkuasa tinggi. Sepatutnya subsidi untuk rakyat biasa, untuk yang bawa kapcai," katanya ketika membahaskan usul Ekonomi dan Pendidikan.

Khairy berkata, dalam konteks harga petrol, golongan kaya boleh membayar mengikut harga pasaran atau kurang sedikit daripada harga pasaran seperti RM2 untuk seliter petrol.

* Good statement, & good vision. Jarang orang besar-besar pikir pasal orang susah more than pikir pasal diri diorang. Just what kind of mechanism will be used to differentiate golongan kaya dengan golongan susah. Type of cars? Car Engine Displacement? -azraf-

Untuk Alin :*

Posted on September 29th, 2007 in Music by azrafothman

Lelaki Ini (Anuar Zain)

http://www.senikata.com/lirik-lagu-melayu/anuar-zain/lelaki-ini.html

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…

For Better Future ;)

Posted on September 28th, 2007 in Current Affairs by azrafothman

Ok, one thing yg aku perasan la, drivers, I mean vehicle drivers, kat Malaysia ni memang tade tata susila or adab sopan santun la. Tak kire la dia drive 5-star luxury car or a 22-years old Nissan Sunny. Drive tak pernah pikir pasal org lain.

Kalau nak keluar dari simpang, dah nampak kita laju, biar la kita lepas dulu. Ada la tunggu dalam 2-3 saat, then kosong je kat belakang. Nak jugak keluar, dah le tu, peh tu terhegeh-hegeh. Kita plak kene brek dengan kuat. Sampai melambung-lambung barang dalam kereta. Yang pelik tu, bila kita buat kat diorang, tahu plak dia marah, siap flash-flash, hon-hon kita balik. Ada one time, pakcik ni drive XTrail. Kuar simpang sambil berbual on the phone. Dah tu terhegeh-hegeh. Ayah potong le dia. Then drive slow giler kat depan dia. Pandai pulak dia flash-flash. Ingat dia pakai kereta mahal, jalan tu dia punya ke.

Then, not all, but most ladies driver ni, drive tak tgk side mirror, especially masa nak cut-in. Kita dah bagi laluan utk dia masuk lane punya la luas, dia nak gak ngimpit kita. Ape ke buta mata dia tu, kalau dia drive terus, dah ok dah. Selepas pengamatan teliti beberapa minggu, dapat la disimpulkan most ladies driver tak guna side mirror. Reason? Diorang tau, most male driver, kalau tengok driver tu lady, akan blok. So sape yang salah ni… Tak kira sape salah, kalau dah bagi laluan tu, masuk je la. Then takyah le harap diorang nak angkat tangan…

Harapkan kereta je berteknologi tinggi, tapi pemandu-pemandu still berpemikiran kolot. Kalau jalan tu dua lane, tapi luas, mesti jadi 4 lane. Sama-sama la kita bertolak ansur. Bila PLUS Highway dah ada 3 lane dr KL ke Ipoh & KL ke Seremban nnt, most likely lg leceh. pasal nanti jadik 6 lane. Bila tak ramai, yang drive slow-slow makan angin dok tengah-tengah. So laluan memotong akan jadi lane kanan & lane kiri. Benda-benda macam ni tak perlu diajar, tp dah jadi macam ’survival’ plak. Kalau tak buat, orang buat kat kita. Kalau kita buat, sampai bila nak berenti.

Kepada kengkawan yang bijaksana, tak kira la drive kereta mahal or murah, kereta baru or lama, kereta sendiri or kereta loan bank.. Jomla mula mengubah keadaan ni. Anak-anak kita akan tengok cara kita, dan anak-anak kita akan mencontohi kita.

KITA MAMPU MENGUBAHNYA ;)

Good Customer or Good Supplier?

Posted on September 6th, 2007 in Uncategorized by azrafothman

Betul ke Customer is always right? Macam mana kalau customer demand tinggi-tinggi, tapi nak bayar yang rendah-rendah.. hinggakan lebih rendah dari kos? Maybe tu negotiation skill diorang, nak press peniaga, but then tu maknenya idok le always right. Sebab diorang tau, harga diorang nak tu memang mustahil.

Bagi peniaga.. mana lebih penting.. customer or supplier? Bagi aku, sama jek. Especially kalau terlibat direct dengan trading. Even kalau manufacturing pun, bile supplier buat hal, kesannya akan terasa hingga ke peringkat customer. Masa kat M****** dulu pun, yang lebih memeningkan kepala, kalau supplier buat hal. Kalau mampu, memang le lebih sonok sume kita buat sendiri.. tapi nanti masalah dengan pekerja le plak… hihihi…

Aiman plak dah makin beso. Dah cekap memanjat sofa. Makan pun nak suap sendiri. Tapi memang la, penat-penat bekerja, tengok isteri senyum, anak senyum.. memang best!

Satu petua untuk hidup bahagia: Hidup semua orang berbeza. Rezeki masing-masing berbeza. Jangan banding ape dia ada, sebab kita tak tau apa sebenarnya dia rasa. Dia mungkin ada tv 40 inci, tapi mungkin kredit kad dia dah 80% penuh. Dia mungkin ada kereta cc besar,tapi mungkin berkerut dahi masa nak isi minyak nya.. Bagusla kalau kita dapat mengawal poket kita seadanya. Biarlah pakai Wira je, janji pandai jaga, dan basuh selalu.. (kih kih kih, nasib la baru basuh semalam). Banding diri kita hari ini dengan semalam. Ada improvement? Kalau takde, make sure tomorrow is better. Jadilah pelumba yang berlumba dengan diri sendiri, jangan pelumba yang berlumba dengan bayang-bayang sendiri. :D

Next Page »